IQNA

Wawancara dengan IQNA;

Imam Sajjad (as); Pembangkit semula sistem organisasi Islam Pecinta Ahlulbait Nabi SAW

5:35 - February 27, 2023
Berita ID: 3102270
TEHRAN (IQNA) - Seorang profesor universiti berkata: Semasa Imamahnya, Imam Sajjad (as) bukan sahaja beliau tidak memilih bersara dari aktiviti politik, tetapi beliau melakukan tiga perkara penting, termasuk membina semula semangat rohani masyarakat, membina semula organisasi Islam Pecinta Ahlulbait Nabi SAW, dan menyatakan asas-asas pemikiran Islam yang murni dalam keadaan yang sukar sekalipun.

Hujjatul-Islam Alireza Amini (علیرضا امینی), ahli Fakulti Pengajian Islam, Universiti Sains Perubatan Isfahan, dalam temu bual dengan IQNA dari Isfahan, menyatakan bahawa sangat perlu untuk membicarakan tentang kehidupan dan tempoh Imamah Imam Sajjad (as), walaupun dalam kesukaran, Prof menyatakan: Ada idea-idea yang salah tentang Imam Sajjad (as) sebagai contoh, selepas peristiwa Asyura, Imam melakukan pengasingan dan bersara, atau beliau dikenali sebagai Imam yang sakit di kalangan orang biasa, manakala setiap orang mungkin sakit untuk seketika semasa hayatnya, dan Imam Sajjad (as) juga demikian; menurut kehendak Allah dan kerana misi Imamah berada di atas bahunya, beliau jatuh sakit semasa peristiwa Asyura untuk lepas dari kewajipan Jihad perlawanan dan selamat dari dibunuh.

Beliau menambah: Pandangan dan analisis yang betul tentang keimamahan Imam Sajjad (as) pada tempoh ini adalah salah satu tempoh imamah yang paling sukar dalam sejarah Islam pecinta Ahlulbait Nabi SAW, dan isu ini menunjukkan kehebatan kerja Imam Sajjad (as), yang merupakan aktiviti yang sukar dan kompleks dalam mengambil kedudukan politik, tetapi beliau telah menunjukkan latihan membina dan mentadbir organisasi dan kekuatan.

Profesor Ali Reza menunjuk kepada kata-kata Imam Sadiq (as) yang berkata: "Setelah Imam Husain (as) banyak orang murtad dan berpaling dari agama, tetapi dengan usaha Imam Sajjad (as) mereka perlahan-lahan masuk ke dalam agama kembali." Beliau berkata: Sebenarnya, Imam Sajjad (as) tidak membenarkan kembalinya mereka ke Jahiliyah; Beliau terpaksa menjelaskan, menyusun dan menerbitkan pemikiran Islam yang betul dan tulen yang menjadi asas kepimpinan Islam, beliau juga dalam format yang tidak ada kemampuan aparat pemerintah semasa itu untuk menghadapi dan menanganinya, beliau melakukan ini dalam bentuk rungkaian doa-doa dan munajat, yang terkenal dalam kumpulan Sahifah Sajjadiyah (صحیفة السجادیة). Malah, beliau mengajar manusia tentang kerohanian dan cita-cita sebenar manusia dalam hubungan antara individu dengan Tuhan dan masyarakat dalam bentuk doa untuk meningkatkan pemikiran dan suasana intelek masyarakat, dan ini adalah kerja penting yang dilakukan oleh beliau (as).

Profesor universiti ini menekankan: Kajian tentang tempoh Imamah Imam Sajjad (as) selama 35 tahun yang sangat sulit menarik perhatian kita kepada fakta bahawa beliau bukan sahaja tidak bersara, tetapi juga tiga tindakan penting termasuk membina semula semangat rohani masyarakat, membina semula organisasi Pecinta Ahlulbait Nabi SAW dan menyatakan Beliau telah mencapai asas-asas pemikiran Islam yang tulen dan pengenalan semula umat Islam pada konsep keimamahan atau kepimpinan sucinya (as) kepada masyarakat dalam keadaan yang sukar.

Imam Sajjad (as) sentiasa hadir dalam masyarakat dan memerangi semua manifestasi rasuah dan kelucahan budaya, politik dan sosial.

4124523

captcha