IQNA

Perayaan Musim Bunga Kesyahidan ke-16 di Makam Imam Husein as

7:19 - February 26, 2023
Berita ID: 3102261
TEHRAN (IQNA) - Festival Rabiusy-Syahadah (ربیع الشهادة) - (Musim Bunga Kesyahidan) Antarabangsa ke-16 di Kabala - Iraq telah bermula tahun ini dengan slogan "Imam Husein (as) di hati bangsa-bangsa di dunia" dan dengan kehadiran delegasi dari empat puluh empat negara di Karbala.

Laporan IQNA, memetik dari pangkalan maklumat Wilayah Muqaddis Huseini; Ali Kazem Sultan (علی کاظم سلطان), ahli jawatankuasa penganjur persidangan Karbala Rabiusy-Syahada (Musim Bunga Kesyahidan), berkata dalam hal ini: Persidangan Rabiusy-Syahada antarabangsa ke-16 tahun ini dengan slogan "Imam Husein (as) di hati bangsa-bangsa di dunia" Dan kita akan mula bekerja dengan kehadiran delegasi dari empat puluh empat negara, dan kita akan menyaksikan pelbagai aktiviti di luar, termasuk mengadakan pameran buku.

Beliau menyambung: Pameran buku Karbala, pembukaan gerai kanak-kanak di laluan dua Masjid makam suci Imam Husain (as) dan Abu Fadhlil Abbas (ra) (بین‌الحرمین), mengadakan pameran seni, penghormatan kepada remaja contoh, mengadakan bulatan cinta Al-Quran dengan kumpulan qari dari Iran dan Mesir, dan mengadakan aktiviti kebudayaan khas untuk wanita di Universiti Al-Zahra (جامعة الزهراء (س)) antara lain Aktiviti persidangan ini.

Muhsen Al-Wazani (محسن الوزنی), salah seorang penganjur persidangan ini, berkata dalam hal ini: Persidangan antarabangsa Rabiusy-Syahada ke-16 telah dibuka Jumaat, 24 Februari. Di luar persidangan ini, pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya malam pembacaan syair dan puisi, pertandingan analisis dan pesta buku.

برگزاری شانزدهمین جشنواره بهار شهادت در حرم امام حسین(ع)

Beliau menyambung: Seratus dua puluh orang dari empat puluh empat negara telah mengambil bahagian dalam persidangan ini, dan tahun ini ramai rakyat Iraq yang tinggal di negara asing dan berkhidmat kepada kemanusiaan dalam bidang perubatan, kejuruteraan, pendidikan, dll dianugerahi penghormatan dan dihargai di persidangan Rabiusy-Syahada di makam suci Imam Husain as.

Al-Wazni seterusnya berkata: Tujuan diadakan persidangan ini adalah untuk menyebarkan budaya Islam dan Ahlul-Bayt (as) serta menjalinkan komunikasi dengan umat Islam di seluruh dunia.

Perayaan kebudayaan "Musim Bunga Kesyahidan" sempena kelahiran Imam Husain (as) diadakan di Karbala dari 3 hingga 7 Sya'ban (24 - 28 Februari) di bawah pengawasan Pertubuhan makam suci Karbala.

Perayaan ini diadakan setiap tahun dengan kehadiran pemimpin agama dan budaya dari pelbagai negara di dunia.

برگزاری شانزدهمین جشنواره بهار شهادت در حرم امام حسین(ع)

برگزاری شانزدهمین جشنواره بهار شهادت در حرم امام حسین(ع)

4124215

captcha