IQNA

Pertubuhan Akademik Al-Quran menganjurkan;

Pameran kaligrafi Al-Quran maya sempena kelahiran Kristus

11:15 - December 26, 2022
Berita ID: 3101994
TEHRAN (IQNA) - Pameran maya ayat-ayat khat Al-Quran mengenai subjek Maryam (as) Sempena kelahiran Kristus (as) telah dianjurkan oleh organisasi Al-Quran ahli akademik negara Republik Islam Iran (RII) di ruang maya.

Laporan IQNA; Pertubuhan Al-Quran ahli akademik negara RII yang bergabung dengan jihad akademik, sempena kelahiran Al-Masih (as), sambutan Krismas dan awal tahun 2023 serta selaras dengan usaha menyebarkan keamanan dan kewujudan hidup bersama sejagat pameran kaligrafi mengenai subjek Surah Hazrat Maryam (as) diadakan secara maya.

Dalam pameran ini, 21 karya daripada 20 pelukis telah dipamerkan dalam seni khat kaligrafi.

Mereka yang berminat untuk mengunjungi pameran ini boleh merujuk pautan:  http://exhibition.isqa.ir/index.php?newsid=۴۴ 

Dalam ayat 34 Surah Maryam, Al-Quran memperkenalkan Isa (as) kepada semua orang dalam pernyataan yang jelas dan indah:

ذٰ لِكَ عِيۡسَى ابۡنُ مَرۡيَمَ ‌ۚ قَوۡلَ الۡحَـقِّ الَّذِىۡ فِيۡهِ يَمۡتَرُوۡنَ‏

"Yang demikian sifat-sifatnya itulah Isa Ibni Maryam. Keterangan yang tersebut ialah keterangan yang sebenar-benarnya, yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya." (Qs, Maryam 19:34).

Dalam surah ini, kelahiran Nabi Isa (as) dibincangkan secara terperinci.
Beliau juga disebut dalam Surah Nisa, Taubah, Maidah, A-ali Imran dan Tahirim.

Dalam Al-Quran, nama Al Masih (as) disebut sebanyak 23 kali dengan nama «عیسی» - Isa, 11 kali dengan nama «مسیح»  - Masih dan 2 kali dengan panggilan «ابن مریم» - Ibn Maryam.

Menyebut nama-nama nabi Allah di dalam Al-Quran menunjukkan keagungan kedudukan mereka dan penekanan untuk mengikuti kehidupan mereka sebagai contoh tauladan yang baik.

Pameran kaligrafi Al-Quran maya sempena kelahiran Kristus

4109264

captcha