IQNA

Aidulfitri; Hari raya untuk hamba yang layak

5:51 - May 03, 2022
Berita ID: 3101040
TEHRAN (IQNA) - Selepas sebulan berpuasa, apa yang menanti orang yang berpuasa ialah hari raya mulia dan berkah; tentu Hari raya layak bagi mereka yang telah berjaya memenuhi jamuan Allah SWT sepanjang bulan Ramadan dan ia dapat merasa berjaya di hari raya Allah SWT di waktu masuk bulan Syawal.

Laporan IQNA: Selepas berakhirnya bulan suci Ramadan, hari pertama bulan Syawal disambut sebagai Aidulfitri; Aidulfitri adalah salah satu hari raya umat Islam yang terbesar dengan melihat hilal di langit, menunjukan akhir Ramadan dan diumumkan awal bulan Syawal, dan hari pertama bulan Syawal bermakna tibanya hari raya Aidulfitri. Puasa diharamkan pada hari ini.

Nabi Islam (SAW) bersabda tentang Aidulfitri yang bermaksud: "Dan apabila tiba malam Aidulfitri, Allah memberi ganjaran kepada orang-orang yang beramal tanpa hisab dan apabila pagi hari raya tiba, Allah mengutus malaikat-malaikat ke setiap kota. Maka mereka akan mendarat di tanah dan berdiri di lorong-lorong dan laluan sambil berkata: "Wahai umat Muhammad! Pergilah kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, yang akan memberimu pahala yang berlipat ganda dan mengampuni dosa-dosamu yang besar." (KR. Amali Mufid, ms 2 & Iqbal al-A'mal, jld. 1, hlm. 5).

Pada hari ini, umat Islam memberikan sebahagian daripada harta mereka kepada fakir miskin sebagai zakat fitrah; Selain itu, mereka menunaikan solat sunat Aidulfitri secara berjemaah.

Walaupun zakat ini sedikit, ia menunjukkan perhatian umat Islam terhadap golongan fakir dan lemah masyarakat dan ia menunjukkan usaha orang mukmin untuk memenuhi keperluan sesama manusia dalam masyarakat.

Menurut riwayat Imam Ja'far Sadiq(as); yang dimaksud ayat:

قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَکی

"Telah menang orang yang menyucikan diri (menunaikan zakat)" (Qs, al-A'laa; 14)

Ialah orang yang menunaikan zakat fitrah. Zakat Fitrah hendaklah dengan ukuran tiga kilogram makanan yang dominan (pokok / utama) seperti gandum, barli, kurma, beras, kismis atau boleh ditukar ke harganya bagi setiap orang.

Dan selain menunaikan zakat, umat Islam beratur dalam solat berjemaah pada pagi hari raya Aidulfitri.

captcha