IQNA

Hidup Saling Menolong (Semarakkan Aktiviti Tadabbur Quran) ke 5:

Saling memberi tolong "Ta'awun" dalam Kebajikan + Video

17:39 - January 31, 2022
Berita ID: 3100713
TEHRAN (IQNA) - Islam adalah Agama yang mengajarkan umat manusia untuk hidup saling membantu dan menolong dalam kebajikan dan ketaqwaan. Ajaran yang bersumberkan wahyu Allah swt ini sangat jelas dan mudah untuk kita semua faham bahawa ajaran Islam mengenai perkara ini amatlah cukup untuk menjadi bukti diaktivkan dalam amalan sehari-hari.

Laporan IQNA, mengutip firman Allah swt; 

 وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
 "Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)."(QS, Al-Maaidah 5:2)

Banyak hal boleh dibuat untuk mengamalkan Ayat suci Ta'awun ini dalam aktiviti kehidupan bersama antara manusia, terlebih ketika Tuhan menetapkan hidup dan mati bagi makhlukNya yang bernama manusia untuk ujian, yang denganya dizahirkan siapa yang terbaik amalnya, demikian ayat Al-Quran memberi tahu umat Islam pada khusunya dan seluruh umat manusia pada amnya;

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ 

" Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)." (QS. Al-Mulk 67:2)

Tentu umat manusia dapat menyaksikan fakta ujian sama ada berupa musibah (kesusahan) ataupun ni'mat (kesenangan), musibah pula sama ada bencana (banjir, gempa bumi, kebakaran), kesulitan, sakit, kekurangan hingga kematian, bahkan kenikmatan, kecukupan, keselesaan, bahkan melimpahnya harta dan keturunan, kesihatan dan jabatan atau dalam istilah kemakmuran dan kesejahteraan, semua ini pun sebagai ujian.

Oleh itu sebagai langkah yang tepat dalam menjalani hidup bersama ini adalah saling memberi bantuan dan tolong menolong dalam kebajikan dan Taqwa.

Kata kebajikan dan Taqwa dapat disemak maksudnya pada firman Allah swt berikut ini:

 لَّيْسَ الْبِرَّ أَن تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَٰكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا ۖ وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ ۗ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ

"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa." (QS,Al-Baqarah 2:177)

Dalam ayat 177 Surah al-Baqarah menjelaskan apa itu kebajikan dan Taqwa yang sudah pasti dapat difahami sebagai penjelasan dari perintah untuk saling memberi bantuan dan pertolongan dalam ayat ke-2 surah al-Maaidah, iaitu saling memberi bantuan dalam kebajikan yang mencakupi pada bantuan sara hidup; makanan, pakaian, tempat tinggal beserta apa sahaja yang menjadi keperluan kemudahan dan pemenuhan keperluan mustahak hidup sebagai fitrah kemanusiaan, dan juga membantu dan saling memberi pertolongan dalam ketaqwaan bermaksud pada bantuan kerohanian manusia, saling berusaha menjaga rasa aman, Iman, memberi pendidikan dan ilmu pengetahuan, pengenalan pada ajaran Allah swt dan kemahiran hidup serta pelbagai yang diperlukan untuk membina keperibadian yang soleh dan selamat.

Tentu hal ini hanya dapat terwujud jika kita siap untuk dapat saling memberi bantuan dan tolong-menolong, hanya dengan cara Ta'awun umat Islam dan kemanusiaan akan dapat terus maju jaya dalam apa sahaja projek berguna yang ingin dituju.

Pengalaman dari suasana banjir yang menimpa sebahagian kawasan kehidupan insan di Malaysia pada akhir tahun lalu yang pastinya masih berkesan khususnya bagi mangsa banjir yang pasti masih perlu untuk terus diberi bantuan sehingga mereka dapat menaikan taraf kecukupan dari segi keperluan sara hidup dan kerohanian.

Memetik penjelasan Presiden MAPIM (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia) cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan beliau berkenaan dengan peranan MAPIM untuk mangsa banjir dan juga sebagai majlis yang memperjuangkan aspirasi Islam di Malaysia, boleh dikata peranan MAPIM dalam membantu mangsa banjir agak besar, dan juga MAPIM telah mampun menjembatani tersalurnya bantuan-bantuan dari pelbagai sumber, seperti dari kedutaan Republik Islam Iran ke Malaysia, adalah satu perkara yang perlu terus dibina bersama sebagai satu jalan amal terbaik yang paling berkesan untuk mencapai keredhaan Allah swt.

Video dibawah boleh disemak sebagai maklumat untuk menambah semangat lagi hidup Ta'awun.

 

captcha