IQNA

Muhammad Hussein Husni berkata:

Melancarkan sistem pendidikan elektronik IQNA sehingga hari peringatan 10 Fajr kemenangan Revolusi Islam 

9:50 - November 14, 2022
Berita ID: 3101805
TEHRAN (IQNA) - Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Berita IQNA berkata: Kami sedang berusaha untuk mempersembahkan aktiviti pendidikan IQNA dalam kategori yang lebih baik dan dalam bentuk sistem pembelajaran elektronik (lms) kepada khalayak sehingga hari 10 Fajr kemenangan Revolusi Islam Iran, agar khalayak dapat mengakses kandungan pendidikan dengan lebih banyak dan dengan cara yang mudah.

Laporan IQNA; Menurut wartawan IQNA, pada Sabtu, 12 November duan hari yang lalu; Telah dibentangkan laporan mengenai aktiviti 19 tahun agensi berita ini dalam satu majlis yang dihadiri oleh Muhammad Hussein Husni; Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Berita Al-Quran Antarabangsa (IQNA) dan ketua Pertubuhan Akademik Al-Quran negara Republik Islam Iran dan telah diedarkan ke antena.

Sambil berterima kasih kepada interaksi positif IQNA dengan Radio Quran dan manfaat bersama daripada penerbitan rangkaian Radio Quran, Ketua Pegawai Eksekutif IQNA berkata: Aktiviti rasmi IQNA bermula pada 20 Obon 1382HS bersamaan dengan11 November 2003, seperti yang dibuktikan oleh institusi yang bertanggungjawab, kami adalah salah satu media yang paling dipercayai dalam negara, dan selain itu, kami mempunyai reputasi antarabangsa yang baik (melalui interaksi dengan koleksi antarabangsa di semua bahagian dunia) dan ini telah memperkenalkan IQNA sebagai satu-satunya agensi berita Al-Quran di Iran dan dunia.

Menekankan kredibiliti media IQNA di arena antarabangsa, beliau menambah: IQNA menghasilkan kandungan dalam 21 bahasa setiap hari, yang bermaksud bahawa kami adalah 21 agensi berita bebas dan dalam 21 kawasan bahasa, termasuk Cina, Malayalam, Bengali, Urdu, Pashto, Inggeris, Perancis, Arab, Hausa dan Swahili. Dan kawasan geografi Asia Barat, Asia Timur, Asia Tengah, Eropah, Afrika dan Amerika.

Menunjukkan bahawa kebanggaan kami ialah kami telah meliputi segmen penduduk yang mempunyai khalayak linguistik terbesar dan menghasilkan kandungan untuk 70% penduduk dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif IQNA menyatakan: IQNA mempunyai khalayak yang baik di negara lain malah di beberapa negara, domain, bilangan khalayak luar mengatasi khalayak domestik kami.

Mengenai penghantaran wartawan IQNA ke pertandingan antarabangsa seperti Malaysia, katanya: Penyertaan dalam arena antarabangsa secara amnya adalah memerlukan pembiyaan yang cukup tinggi. Salah satu punca media kurang berminat dengan kehadiran wartawan di arena antarabangsa ialah kos tinggi yang mengharuskan sistem mencari penyelesaian. Jika kita ingin mempersembahkan naratif Iran dan Iran kepada khalayak global, kita mesti memperkukuh "diplomasi media" dalam pelbagai bidang media.

Menegaskan bahawa penghasilan kandungan pendidikan adalah salah satu misi IQNA, bersama-sama menyediakan maklumat Al-Quran, beliau menyambung: Kami berhasrat untuk meneruskan pendidikan awam dengan serius. Salah satu misi media ialah isu mendidik setiap orang. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah cuba memandang serius kapasiti multimedia dalam membantu IQNA.

Khususnya pada majlis-majlis khas seperti Muharram, Safar, Ramadhan dan sepanjang tahun banyak aktiviti pendidikan dijalankan yang diterbitkan dalam bentuk pengajaran dalam audio.

Husni menegaskan bahawa sepanjang tahun-tahun ini koleksi pendidikan terperinci telah diterbitkan oleh IQNA, beliau menekankan: Terdapat khazanah yang berharga dalam bidang pendidikan agama di IQNA, dan kami sedang berusaha untuk menganjurkan aktiviti pendidikan IQNA dengan cara yang lebih baik dan dalam bentuk sistem pendidikan maya kepada khalayak sehingga 10 hari memperingati kemenangan revolusi Islam, agar khalayak dapat mengakses kandungan pendidikan secara berkategori dan mudah di jangkau.

Ketua Pegawai Eksekutif IQNA menyatakan: Latihan ini tidak terhad kepada bahasa Parsi.

راه‌اندازی سامانه آموزش‌های الکترونیکی ایکنا تا دهه فجر + صوت

Beliau berkata: IQNA telah memberi perhatian kepada perkara ini dengan menilai keadaan dalaman, mengikut perintah pimpinan dalam bidang jihad penjelasan - جهاد التبیین - Jihadu tabyiin.

Oleh itu, kita memulai topik "penjelasan ideologi revolusi Islam". Kebanyakan khalayak IQNA adalah orang yang mempunyai pendidikan khusus yang tertumpu kepada akar intelek - pemikiran dan pengetahuan pengenalan. Atas sebab ini, dalam bidang pendidikan, kami menterjemahkan pemikiran murni dalam bidang khalayak umum ke dalam bahasa yang berbeza supaya ia tidak eksklusif hanya untuk dalam negara sahaja; Ini adalah perkara baik yang berlaku sejak awal tahun ini dan kami telah menerbitkan kira-kira empat ribu kandungan pendidikan mengenai pelbagai topik wacana Revolusi Islam di seluruh pelusuk dunia.

Akhirnya, Husni berkata: Ensiklopedia Al-Quran, yang dicipta melalui interaksi Pusat Penyelidikan dan Kajian Antara Disiplin Al-Quran dan IQNA. Ia dihasilkan daripada media, jadi kandungannya lebih mudah untuk masyarakat umum, dan ensiklopedia ini, akan diberikan perhatian serius sebagai aktiviti  kandungan antara disiplin ilmu Al-Quran.

4098866

captcha