IQNA

Apa kata Al-Quran / 32

Ayat Al-Quran yang paling lengkap

3:41 - November 02, 2022
Berita ID: 3101751
TEHRAN (IQNA) - Terdapat satu ayat dalam Al-Quran yang menerangkan lebih dari lima belas sifat baik dalam tiga bahagian iman, tindakan, dan akhlak, dan ia dianggap sebagai ayat Al-Quran yang paling komprehensif, yang membincangkan tiga prinsip dasar dan penting ini; kepercayaan, amalan, dan akhlak.

Laporan IQNA; Ayat Al-Quran yang paling lengkap membincangkan prinsip kebaikan dalam satu ayat sahaja;

لَيْسَ الْبِرَّ أَنْ تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَى حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ أُولَئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ

"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa." (Qs, Al-Baqarah 2:177).

Ayat ini telah menyatakan lebih dari lima belas sifat baik dalam tiga bahagian; iman - akidah, perbuatan - amal dan akhlak - kesolehan moral, dan ia dianggap sebagai ayat Al-Quran yang paling menyeluruh membentangkan kebajikan. Telah diriwayatkan daripada Rasulullah (SAW) bahawa baginda bersabda, yang bermaksud :

"Sesiapa yang mengikuti ayat ini, sempurnalah imannya."

Dalam bahagian akidah, ayat ini merujuk kepada isu beriman kepada Allah, malaikat, nabi, kebangkitan dan kitab suci.

Dalam bahagian tindakan - amalan pula merujuk kepada beberapa masalah penting ; masalah syariat agama seperti solat, masalah ekonomi seperti zakat, masalah sosial seperti membebaskan hamba dan jihad dan isu-isu ketenteraan seperti kesabaran ketika di maidan peperangan dan dalam menghadapi apa jua kesulitan.

Dan dalam bahagian moral, disebutkan menepati janji, tidak bakhil dan cinta harta benda yang melampau, tetapi siap mengasihani orang miskin dengan harta benda dan kasih sayang.

Kepercayaan kepada Tuhan adalah punca penyerahan manusia kepada kebenaran, dan kepercayaan kepada kebangkitan menyebabkan keluasan penglihatan dan ketinggian keberanian.

Kepercayaan kepada kewujudan malaikat adalah tanda kepercayaan kepada formasi ghaib - perihal pengurusan urusan manusia diluar alam zahir yang menjadi tugas para malaikat.

Iman - kepercayaan kepada nabi adalah iman kepada wahyu dan aliran hidayah sepanjang sejarah adalah bukti bahawa manusia tidak dibiarkan bersendirian di dunia tampa projek dan program ketuhanan.

Sedekah - infaq sebagai penyata semangat kerjasama dan altruisme (kesetia kawanan dan toleransi), dan solat adalah penghubung langsung dengan Tuhan, zakat sebagai program merancang dan mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah orang yang kekurangan - pembasmi kemiskinan sosial, dan menepati janji mengeratkan hubungan antara sesama manusia, dan kesabaran adalah punca pembangunan dan perkembangan sumber daya manusia.

Sabar adalah ibu dari segala kesempurnaan, dan Al-Quran mengatakan bahawa sabar adalah jalan ke syurga, dan manusia diberi kedudukan yang tinggi kerana kesabarannya.

Sebagaimana para malaikat mengucapkan salam kepada penghuni syurga yang mereka masuk syurga kerana kesabaran mereka ketika hidup di dunia;

سَلَٰمٌ عَلَيْكُم بِمَا صَبَرْتُمْ ۚ فَنِعْمَ عُقْبَى ٱلدَّارِ

(Para malaikat memberi hormat kepada ahli syurga dengan berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu." (Qs, Ar-Ra'd 13:24).

Dan Allah menjadikan manusia yang sabar sebagai pemimpin-pemimpin bagi yang lain;

جَعَلْنا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنا لَمَّا صَبَرُوا

"Dan Kami jadikan dari kalangan mereka pemimpin, yang membimbing kepada urusan kami (Agama Allah - Islam), selama mereka bersikap sabar." (Qs, As-Sajdah 32:24).

Isu lain untuk mencapai kesempurnaan taqwa ialah sedekah yang dibentangkan dalam dua jenis iaitu wajib dan tidak wajib dan kedua-duanya adalah diperlukan.

Beberapa pesanan ayat ini dalam Tafsir Noor menyatakan:
1. Isi kandungan agama adalah berasaskan kebajikan Iman, Amal dan Akhlak bukan penampilan zahir sahaja.
2. Salah satu tugas dan dakwah nabi dan kitab suci ialah mengubah budaya manusia menjadi budaya yang dicelup dengan warna ketuhanan Allah SWT.
3. Iman - Aqidah mendahului perbuatan - Amal dan Akhlak.

Berita Berkaitan
captcha