IQNA

Ulama terkenal dunia Islam / 3

Penceritaan keberanian Imam Ali (as) dalam karya tulis Syeikh Arjun

4:21 - November 01, 2022
Berita ID: 3101745
TEHRAN (IQNA) - Syeikh Muhammad Sadiq Arjun menulis sebuah kitab bernama; «امیرالمؤمنین علی بن ابی طالب؛ الخلیفة المثالی»- "Amirul-Mukminin Ali bin Abi Talib; model dan khalifah ideal)" di mana beliau memperkenalkan watak keberanian dan peranan Imam Ali (as) dalam membantu Nabi Muhammad (SAW).

Laporan IQNA; Dalam karya ini, Syeikh Muhammad Sadiq Arjun, bekas ketua Fakulti Prinsip Agama Universiti Al-Azhar, bercakap tentang pertumbuhan dan pendidikan yang diperolehi oleh Imam Ali (as) langsung dalam asuhan dan didikan Baginda Rasulillah Muhammad (SAW) dan Syeikh Arjun menceritakan diakhir karyanya berkaitan dengan kehidupan Imam Ali (as) selepas Nabi (SAW) dan peristiwa penggantian kepimpinan ummah Nabi Muhammad (SAW).

Penulis juga menyebut tentang kepahlawanan Imam Ali (as) dan memberikan penjelasan berikut: Separuh daripada 70 orang kafir musyrik yang terbunuh dalam perang Uhud, dari mata pedang Imam Ali (as), dan dalam peperangan itu, Allah menguji umat Islam; mereka bertebaran lari dari sekeliling Rasulullah (SAW) dan hanya seorang sahaja iaitu Ali (as) yang tinggal bersama Nabi (SAW) dan dia adalah pahlawan Islam.

Di sinilah peranan Ali (as) dapat dilihat, kerana Ali (as) berdiri di sisi Nabi dengan keberanian yang tiada tandingannya dan melindungi kewujudan suci baginda daripada serangan bertubi-tubi dari banyak kumpulan musyrik.

Dalam perang Khandaq - (احزاب - perang gabungan kelompok kafir musyrikin - unit parti anti Islam), umat Islam dikepung oleh kelompok kesatuan kafir tersebut, seorang yang bernama; «عمرو بن عبدود» - Amru bin Abdi wud"; Seorang pahlawan dan pemberani tersyohor Arab Jahiliah, memanggil pejuang dari pihak muslimin untuk duel dengannya. Pada masa itu, Ali (as) masih muda, Ali (as) berperang dengan Amru bin Abdi wud dan menjatuhkannya ke tanah dan mengalahkannya.

Tuhan mentakdirkan pintu gerbang kubu Khaybar dibuka dengan tangan Ali bin Abi Thalib (as). Dalam peperangan ini, Nabi (SAW) bersabda kepada Imam Ali (as):

فَوَاللَّهِ لَأَنْ یهْدِی اللَّهُ بِكَ رَجُلًا وَاحِدًا، خَیرٌ لَک مِنْ أَنْ یکونَ لَک حُمْرُ النَّعَمِ

Yang bermaksud; "Demi Allah, jika Allah memberi hidayah seseorang melalui tanganmu - itu lebih baik daripada memiliki unta berambut merah - jenis unta tunggangan terbaik dan termahal".

Hampir semua peperangan Rasulullah (SAW) Imam Ali (as) hadir menjadi pembela utama perjuangan Baginda Nabi Muhammad (SAW) melawan kedegilan kaum kafir dan pasukan Islam keluar sebagai pepenang, hanya satu peperangan yang Imam Ali (as) tidak menyertai iaitu peperangan «تبوك» "Tabuk" apabila Rasulullah (SAW) melarangnya daripada pergi berperang dan melantik Imam Ali (as) menggantikan tempatnya di Madinah.

Peristiwa ini disebut dalam hadis Manzilat - Baginda Rasulullah (SAW) bersabda kepada Imam Ali (as):

أنتَ مِنِّي بِمَنزِلَةِ هارُونَ مِن مُوسَى إلَّا أنَّهُ لاَ نَبِيَّ بَعدِي

Yang bermaksud; "Kamu seperti kedudukan Harun di sisi Musa bagiku, kecuali bahawasanya tidak ada nabi setelahku" - Kedudukan kamu dalam hubungan denganku adalah sama dengan kedudukan Nabi Harun (as) dalam hubungannya dengan Nabi Musa (as), hanya sahaja, satu-satunya perbezaan ialah bahawa tiada Nabi yang akan diutus sesudahku".

Kisah lain mengenai Imam Ali (as) yang diceritakan oleh Syeikh Arjun dalam kitabnya tersebut; Apabila Nabi (saw) berhijrah secara rahsia dari Mekah ke Madinah, baginda menugaskan saudara dan sepupunya iaitu Imam Ali (as) untuk tidur di atas katilnya. Ali (as) memakai pakaian Nabi (SAW) dan tidur di atas katil - tempat tidur Nabi (SAW), dan apabila kelompok pemuda Quraisy - perancang membunuh Nabi (SAW) sampai ke rumah Nabi (SAW), mereka melihat yang berbaring di atas katil bukan Muhammad (SAW).

Hati seorang pemuda seperti Ali (as) dipenuhi dengan semangat kesetiaan dan kepahlawanan pada saat-saat yang paling berbahaya, Beliau tidur menggantikan Nabi (SAW) dan dalam masa-masa yang paling sukar, Beliau adalah seorang yang taat dan setia kepada Baginda Rasulillah (SAW).

Imam Ali (as) menyokong bendera jihad yang dinaikkan oleh tangan Nabi (SAW) dan dalam banyak masa apabila jumlah orang Islam dalam peperangan itu sama ada kecil atau besar, Beliau (as) berperang dengan musuh dan mengubah ketakutan di hati orang Islam menjadi rasa aman dan tenang mencapai keselamatan dan kemenangan.

captcha